Sunday 16 February 2020

Resepi Kek Coklat Lagend, Gebus dan Comfirm Menjadi !


Assalamualaikum dan selamat petang,

Harini nak share resepi mudah dan comfirm menjadi sesuai untuk buat jualan dan paling penting jimat kos pembuatan.

Buat minum petang tanpa topping pun sedap gak ni. Here we go !

Sape payah naw naw nak ingat resepi macam i ols sesuai sangat resepi ni.  Resepi ni pun saya belajar dari group masakan di Facebook. Jadi bila saya buat dan menjadi yeahhhhhh baru confident nak share kan.

BAHAN A
5 bahan masak api perlahan (tujuan nk bagi hancur gula) + lepas tu biarkan sejuk dulu. 
- 1 cawan minyak
- 1 cawan gula kasar
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko

BAHAN B
Kemudian, ayak :
- 1 cawan tepung gandung
- 1 sudu baking powder
- 1/2 sudu soda bikarbonat

BAHAN C
Kemudian,
- Kacau 2 biji telur gred A (teknik kacau pakar garpu sampai berbuih je pun dah okay)
- 1 penutup essense vanilla (tak letak pun tak apa tak jejas kegebuan kek anda muehehehe)

Blend ketiga tiga bahan diatas. Teknik blend ni penting taw sebab mempengaruhi tahap kegebuan kek anda giteee. Cara nk blend tu selang seli masuk sikit sikit antata 3 adunan diatas A+B+C. Guna blender oun boleh, mixer pun boleh. Blend 1-2 minit je.

Satu adunan ni dapat 3 biji kek saiz 5"

Panaskan kukusan sehingga air mendidih, kemudian kukus 30 minit.

Berat adunan sebelum masak 320-330gram camtu.


Kalau korang ikut sebijik sebijik resepi aku ni dapat macam gambar kat bawah ni :



Gebus ke tideksss kawan kawan?


Dapat saiz macam ni kalau kat tempat saya orang jual RM10-RM15 siap topping

Ni contoh topping yang aku amek dari rakan FB di group masakan, topping ni pelbagai korang boleh google dan jadikan contoh.


Oh sebelum korang tanya acuan/mould beli kat mana. Korang boleh je search kat shopee sebab acuan kecik molek ni payah naw nak cari kat kedai bakeri area umah saya lah. Tempat korang tak sure lah. Saya beli murah je RM5.90 (3PCS) 



Okaylah, sampai sini dulu perkongsian saya dan harap bermanfaat dah ya.