Tuesday 23 September 2014

Cara Pos Motor dari Sarawak Ke Semenanjung

Assalamualaikum :)

Lama juga tak update blog sebab kekangan line internet yang agak limited. Tapi xpe back to tajuk kali ni nak share macam mana nak pos motor dari Sarawak ke Semenanjung :)
Actually, bagi yang tak tahu dengan senang nya akan guna agen. Harga agen biasanya RM650-850 sebab tu orang kata pos motor ni mahal maka mereka ambik alternatif lain untuk pos motor secara laut dan menunggu hampir sebulan untuk motor tiba di semenanjung. Saya pos motor ni ke MASCARGO AIRPORT SENAI, JOHOR BAHRU.

A fews days later, fatin uruskan sendiri pengeposan motor tu. At first tu study kat internet macam macam proses jumpa, ada yang perlu pegi JPJ n PUSPAKOM untuk verified motor. Tanya orang dan sampai lah fatin di Mascargo Kuching. Cara yang senang sesangat di brief oleh Staff Mascargo.

Saya hanya perlu sediakan
- DUA KEPING SALINAN I/C
- DUA KEPING SALINAN ORIGINAL ( SCAN/PHOTOSTAT/CAPTURE PAKAI HP PON BOLEH ASALKAN CLEAR NO ENJIN DAN NOM CHASIS )

Bagi pengirim itu sahaja dokumen yang perlu disediakan :)

Bagi penerima pula kita akan perlu berikan details untuk proses penerimaan di sana. Fatin pos ke Airport Senai back to pemilik asal motor, hihi : ) si dia kesayangan nun di sana.

Penerima kita hanya perlu berikan detail :-
1) nama penerima
2) no ic penerima
3) no h/p penerima
4) alamat penerima

* beri pada staff mascargo yang menguruskan motor anda*

On that day, staff akan bagi detail dan buat pengiraan kos bagi motor kita. Contoh motor fatin NOUVO S. Anggaran berat lebih kurang 90kg.

KOS SEPERTI DI BAWAH.
ada lah dengar dia cakap tapi kurang paham, hehe :)
yang sure rm76 untuk untuk technical handling. Total cost for Nouvo S RM475 :) saya ada tanya jugak bagi EX5 sbb mostly kawan kawan saya ada motor EX5, cost untuk EX5 lagi murah sbb dianggarkan lebih ringan berbandi NOUVO S.

technical handling
- CLEARKAN MINYAK
- BALUT
-DLL

dah clear boleh hantar motor ke mascargo untuk urusan seterusnya :)


motor yang dah siap dibalut 



uhhh, motor kuuuuu dah bersedia naik flight :)

antara item yang saya kirim without EXTRA CAS !!!!
- RAINCOAT
- HELMET
- RANTAI MOTOR
-MANGGA MOTOR
-LOCK U MOTOR

Dan service yang sangat bagus, motor dihantar pada 22/09/2014 selamat tiba pada 23/09/2014 pada jam 11 pagi :)
Cepat kaannnnn :)

senang kan, kita gegurl biasa kurang ambik port sgt tentang ni sbb biasa bab2 mcm ni lelaki lebih tahu. For me, this is new lesson and experience menguruskan pengeposan motor.


reader reader yang berhajat nak pos motor dari sarawak ke semenanjung. 
Boleh contact EN Nasa : 012-8840383 :) Memang orang sarawak dan boleh jumpa face to face for documentation.

Sebelum tu sebut dulu nama fatin, cakap kat dia baca kat blog fatin, hahaha :)

any soalan jom bincang kat ruangan komen.