Thursday 31 October 2019

Shaklee Member Since 2013

Assalamualaikum, 

Zaman 2019 ni masih ramai ke yang mencari product shaklee melalui blog? Mostly sekarang scroll je Facebook & Instagram bersepah sepah orang jual shaklee.

Tapi takpelah, harini nak story antara bisnes yang paling melekat di hati saya. Saya dah buat macam macam bisnes only shaklee yang lambat sikit nak move on sebab bestnya bila duduk under master yang balance ajarkan ilmu marketing dunia & marketing dengan Allah. Bukan kejar sales semata mata. Dari tak kenal tahajjud sampai lah rasa tak seronok bila tak buat tahajjud. Rasa incomplete.  Itulah dia the one and only master kesayangan ramai iaitu Master Nana Macarona.

Tapi, panas tak sampai ke petang ecewahh. Haha adalah iman turun naik dalam bisnes. Bila sales dah drop tambah pulak internal problem tambah pulak zaman bully cyber berterusan sampai tak sanggup nak hadap kan. Betul lah kan orang kata, only the stronger will fight. Tapi tulah kan bila dah stop bukan tak ada customer lama datang cari customer. Ada sampai sekarang, rasa sayang pulak if tak teruskan bisnes ni.

As now, cuma mungkin buat part time je. Ada order, click je kat website mudah kan?

Ada ke yang dah lama stop bisnes shaklee macam saya teringin nak comeback. Jom lah, kita berada pada perasaan yang sama. Hahaha

Whatapps je saya www.wasap.my/60196397656/Nakjoinshaklee

Tambah tambah bulan ni ada promosi best. Nanti saya cerita next post k?

since 2013 and this time memang register ahli masih harga RM85. For now lebih murah & kalau purchase 200uv keatas dah entittle free shipping, free membership.


Monday 28 October 2019

Resepi Basque Burnt Cheese Cake Viral 2019

Assalamualaikum..

Today nak sharing resepi viral tahin ni which is Basque Burnt Cheese Cake. Kek ni aku boleh cakap fully cheese. Kalau awak peminat cheese u should try this resepi. And of course, the main ingredient is CHEESE. Semakin makan cheese tu, semakin premium kek, semakin sedap lah kek awok ! hehe

Let check it out bahan bahan dia. Very easy peasy.

Bahan

  • 250gram cream cheese aku guna jenama rakyat marhaen je iaitu tatura, yang ni kau beli je yang dah siap label 250gram (ada yang guna philadhelphia, royal victoria dan lain lain brand)
  • 125ml whipping cream yang ni aku guna emborg (ada bermacam lagi brand whipping cream ni, tip nya kau cari yang label dairy whipping cream, mengikut pembacaan aku, kita memerlukan cream yang cukup untuk hasilkan burnt cheesecake) 
  • 2 biji telur gred A 
  • 1 penutup essence vanilla
  • 9 gram tepung gandum bersamaan 1 sudu makan 
  • 85 gram gula castor bersamaan 5 1/2 sudu makan
Cara cara 

Masukkan 250gram cream cheese, 125 ml dairy whipping cream macam gambar kat bawah ni. Actually kena guna mixer, but then aku tak ada mixer so aku guna chopper. Fungsi dia sama macam blender.

Blend 250cream cheese + 85gram gula castor + telur satu persatu kemudian nampak dalam gambar tu masukkan tepung 9gram + essence vanilla + last sekali whipping cream. Blend atau kacau guna whisk sebanyak 20-25 kali. 



ni hasilnya bila dah mix semua bahan. 

lepastu masukkan dalam oven masak selama 1 jam guna api atas bawah suhu 170 celcius-200celcius

Ni masa tengah masak nampak kan menaik je kek, tapi sabar dulu. 

Dahhhhh masakkkk

Tadaaaaaaa, siap kalau nak cantik dan nampak tebal guna loyang saiz 5" atau 6". Sebab bila dah masak kek akan menurun lebih kurang 50%


SIAPPPPP !! Boleh hidang terus atau sejukkan sekejap. Kek ni boleh masuk peti ais dan masih sedap bila dah keluar dari peti ais. 














Sunday 27 October 2019

RESEPI KEK COKLAT PUDING CARAMEL VERSI BAJET

Assalamualaikum, allah lama tak update blog sejak sejak zaman dah moden zasss cari info kat facebook mahupun instagram. 

Kot kot ada yang masih berblogging di tahun 2019. Hai korangg?

Today, taknak cerita apa apa just nak abadikan satu resepi kat sini. Kot kot empunya diri nak search lagi untuk 2-3 tahun lagi. Save kat phone akan hilang. Save kat blog jelah kenangan paling susah nak remove. 

First of all aku remind sesiap taw. Resepi aku ni kalau boleh nak terpaling jimat guna bahan, maklumlah yang tukang makan pun dua perut je kan. So, yang nak berjimat cermat tu helok sangat lah follow resepi aku k?


RESEPI KEK COKLAT PUDING CARAMEL

Bahan Bahan Puding
4 sudu gula, panas kan atas dapur kemudian sejukkan (jadikan caramel)
3 biji telur gred A
1 cup susu cair
1 cup susu pekat
1/2 cup gula kastor
1 penutup tudung essence vanilla
1 sudu kecik tepung kastard

Bahan kat atas ni korang blend je dengan blender dalam 2-3 minit macam tu. Kecuali caramel lah. Okay siap blend. Masukkan dalam bekas caramel yang keras tu. Korang akan bunyi crack tu normal.

Ni caramel hasil dari 4 sudu besar gula.

Ni bahan bahan puding blend kan aje 1-2 minit
Okay setel untuk bahagian puding. Lepas tu ni aku guna oven taw, guna teknik water bath, masukkan air dalam tray dan bakar puding dalam oven guna suhu 170 celcius selama sejam. Yang ni kena ikut oven korang, kena selalu intai puding dah keras ke belum. Okay done part puding.

Ni saya masak puding guna oven teknik waterbath

Sambil tunggu puding masak. Korang boleh lah prepared bahan kek coklat pulak. Aku mmng jimat guna 2 biji telur je. Haha tapi menjadi helok je moistnya. 

Bahan Kek Coklat Moist

2 biji telur 
1 penutup essence vanilla
1 cup susu cair
1 cup susu pekat 
1/2 cup gula kastor
1 cup tepung gandum
1 sudu baking powder
1 cup serbuk koko

Bahan kat atas ni korang blend je semua sampai sebati cukup 2-3 minit camtu. Dia akan jadi macam ni,

Ni bahan untuk kek coklat moist 

Bila dah blend dia jadi pekat likat macam ni
Then, puding pun dah masak macam gambar kat bawah ni

Puding dah mengeras

Dah boleh masukkan adunan kek coklat keatas puding ni. Sebelum tu kena cucuk dulu biar kek masuk ke rongga puding baru lah melekat helok. Mcam gambar kat bawah ni. 

Dah lapiskan dengan adunan coklat.

Dah lapiskan dengan adunan coklat boleh lah masak lagi dalam masa 45-1 jam. 

Dan tadaaaaaaaaa, korang akan dapat hasil macam kat bawah ni. 




SIAP !!!!