Sunday, 16 February 2020

Resepi Kek Coklat Lagend, Gebus dan Comfirm Menjadi !


Assalamualaikum dan selamat petang,

Harini nak share resepi mudah dan comfirm menjadi sesuai untuk buat jualan dan paling penting jimat kos pembuatan.

Buat minum petang tanpa topping pun sedap gak ni. Here we go !

Sape payah naw naw nak ingat resepi macam i ols sesuai sangat resepi ni.  Resepi ni pun saya belajar dari group masakan di Facebook. Jadi bila saya buat dan menjadi yeahhhhhh baru confident nak share kan.

BAHAN A
5 bahan masak api perlahan (tujuan nk bagi hancur gula) + lepas tu biarkan sejuk dulu. 
- 1 cawan minyak
- 1 cawan gula kasar
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko

BAHAN B
Kemudian, ayak :
- 1 cawan tepung gandung
- 1 sudu baking powder
- 1/2 sudu soda bikarbonat

BAHAN C
Kemudian,
- Kacau 2 biji telur gred A (teknik kacau pakar garpu sampai berbuih je pun dah okay)
- 1 penutup essense vanilla (tak letak pun tak apa tak jejas kegebuan kek anda muehehehe)

Blend ketiga tiga bahan diatas. Teknik blend ni penting taw sebab mempengaruhi tahap kegebuan kek anda giteee. Cara nk blend tu selang seli masuk sikit sikit antata 3 adunan diatas A+B+C. Guna blender oun boleh, mixer pun boleh. Blend 1-2 minit je.

Satu adunan ni dapat 3 biji kek saiz 5"

Panaskan kukusan sehingga air mendidih, kemudian kukus 30 minit.

Berat adunan sebelum masak 320-330gram camtu.


Kalau korang ikut sebijik sebijik resepi aku ni dapat macam gambar kat bawah ni :



Gebus ke tideksss kawan kawan?


Dapat saiz macam ni kalau kat tempat saya orang jual RM10-RM15 siap topping

Ni contoh topping yang aku amek dari rakan FB di group masakan, topping ni pelbagai korang boleh google dan jadikan contoh.


Oh sebelum korang tanya acuan/mould beli kat mana. Korang boleh je search kat shopee sebab acuan kecik molek ni payah naw nak cari kat kedai bakeri area umah saya lah. Tempat korang tak sure lah. Saya beli murah je RM5.90 (3PCS) 



Okaylah, sampai sini dulu perkongsian saya dan harap bermanfaat dah ya. 


















Tuesday, 26 November 2019

Jeput Nasi? Jeput Cheese? Jeput moden ?

Resepi Jeput a.ka. Cekodot Nasi

Actually saya jumpa resepi ni kat facebook, orang tu buat resepi jeput nasi. Oh, sebelum tu kat kelantan orang panggil jeput.

Let's cikedot resepi mudah amat.

- Nasi 1 gelas
- Tepung gandum 2 gelas
- Sayur apa apa sy guna kankong sbb batang dia tu bila goreng, kunyah dia crunchy
- Bawang merah 1 biji
- Cheddar cheese parut suka hati nak banyak mana
- Ubi kentang potong petak kecik
- Sedikit garam
- Air dua gelas

Bahan bahan
Blend dengan air + parut cheese kejap lagi parut lagi bagi extra cheese.

Bahan semua ni gaul je, jangan pekat sangat, jangan cair sangat.

Lepas tu goreng. Gambar masa goreng takdeeee. Sebab ala goreng je punnn 🙊

Tadaaaaaa.. kasi dressing cantik sikit. Rasa dia ada crunchy sikit sbb kita guna nasi kan, lepas tu ada lembut lembut cheese sikit. Umphhhh.



So boleh lah wat minum petang dengan kopi o panas. Terus menggamit zaman kecik dulu kala. Awak awak yang ada rezepi cupsss cupsss siap tu. Sila nak komen kat bawah ni k. Maklumlah kelaparan je 24 jam.

Hihihi














Friday, 15 November 2019

PINDAH BARANG BORNEO KE SEMENANJUNG

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak share on of my friend company yang buat service pindah barang daripada sabah sarawak ke semenanjung dan dalam kawasan semenanjung. Pendek kata, company ni dah lebarkan sayap ke seluruh Malaysia. 

Well, hujung tahun ni. Banyak lah orang pindah, mungkin dapat penempatan baru bagi pekerja sektor awam. Pening nak uruskan perpindahan terutamanya dari Borneo ke Semenanjung. Nak letgo barang rumah, ada barang yang mahal harga nya dan ada yang mempunyai nilai sentimental value. Sayang babe ! hahaha kalau perempuan semua benda nak sayang nak angkut kan. 

First thing first bila nak pindah jarak jauh ni orang akan consider sekali is COST ! Yelah kos nak pindah bukan murah. Barang pun besar besar. But, with this company you boleh mintak quotation dulu. Kalau setuju baru proceed. Ha, boleh lah buat kira kira dulu kan? Bajet is important. 

Kalau you area Kuching boleh terus direct jumpa person incharge kat sana. Kalau you kat sabah, u boleh berhubung melalui Whatapps 019-6397656.

Barang barang pindah biasanya merangkumi :-

1) Set kelengkapan rumah
2) Set kabinet dapur 
3) Sofa 
4) Motor
5) Kereta

Semua pun boleh nanti kita include in Quotation. 

Kat bawah ni saya share gambar pindah rumah daripada Kota Bharu ke Klang ke Kuching

Kita uruskan dari segi handling of shipment dan segala gambar will be provide dari satu prosess ke satu prosess. Customer satisfaction is our main concern. 







Dan untuk quotation harga you boleh klik link kat bawah        KLIK HERE


Done review and short story. Kalau ada pertanyaan apa apa bleh klik je link tu. Dyeorang akan consult you sekali. Free consultation and quotation.